Wednesday, March 10, 2010

Misi Kasih Palestin

Pengenalan
Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual (tarbiyah pelajar Islam memahami dan prihatin) terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan.



Bagi merealisasikan usaha keprihatinan tersebut, PACE Australia dengan ini melancarkan satu misi amal yang diberi nama Misi Kasih Palestin (MKP). Misi ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama iaitu melancarkan Program Tabung Palestin dan misi Aqsa2Gaza2 di Lubnan dan Gaza.

Tabung Kasih Palestin
Objektif utama kita melancarkan Tabung Palestin ini ialah untuk membantu:-
meringankan keperitan hidup rakyat Palestin yang menghadapi tekanan hidup disebabkan kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusiaan yang selama ini diketepikan.
Pendidikan anak-anak yatim Palestin dan menyalurkan makanan asasi (roti) kepada rakyat Gaza.



Misi ini akan memberi fokus kepada anak yatim Palestin yang tinggal di Kem Pelarian di Lubnan yang kini didiami oleh 360,000 pelarian berdaftar dan membina sebuah kilang roti Gaza yang mampu memberi makan kepada seluruh penduduk Gaza.



Sumbangan boleh dibuat kepada akaun MKP:
Bank: Commonwealth Bank
Akaun No: 10535148
BSB: 065-004
Nama wakil: Wan Afrah Wan Ahmad Nizar
Ref: MKP



Aktiviti Misi Kasih Palestin
1. Jualan Amal
2. Ceramah umum
3. Penerbitan risalah MKP/PACE Australia
4. Kempen Rayuan Ramadhan
5. Remembrance of al-Quds (ROQ)
6. Training of Palestine Speaker (ToPS)



Semoga Allah memberkati sumbangan dan usaha kita.



"Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (As-Saff 10-11)

Maklumat Perhubungan
PACE Australia
Mobile: 0405608953
Email: mypaceaustralia@gmail.com
Laman Web: paceaustralia.blogspot.com